Friday 23 January 2015

Perlembagaan Pengawas


MISI PENGAWAS
Melahirkan pengawas sekolah yang sentiasa disegani dan dihormati melalui;
Disiplin setiap pengawas pada tahap yang tinggi,
peraturan sekolah yang sentiasa dihayati dan dipatuhi dan,
aktiviti-aktiviti yang dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan serta berketrampilan dari pelbagai aspek.



VISI PENGAWAS

Melahirkan pengawas sekolah yang berkarisma, berdedikasi serta berketrampilan dalam apa jua bidang sama ada bidang akademik mahu pun bukan akademik, agar dapat memberi sumbangan kepada sekolah, agama, bangsa dan negara.




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*




MATLAMAT PENGAWAS

Melahirkan pengawas sekolah yang memiliki tahap disiplin yang tinggi di samping keputusan akademik yang cemerlang.
Mewujudkan satu pasukan yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap semua tanggungjawab yang diberikan.
Membentuk individu yang memiliki jati diri yang tinggi menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.



FALSAFAH PENGAWAS

Setiap pengawas mempunyai potensi untuk berkembang maju secara seimbang dari segi disiplin,beramal, intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan yang teguh kepada tuhan dan perpaduan antara ilmu, iman dan amal yang soleh.

Usaha ini akan dapat melahirkan pengawas yang berilmu pengetahuan ,berakhlak mulia dan dapat menjamin kesejahteraan diri,sekolah,agama,bangsa dan negara.


No comments:

Post a Comment