Friday 23 January 2015

Tugas Exco LPS 2014/2015

Bidang Tugas Exco-Exco Lembaga Pengawas SMK Pantai Sepang Putra
1          1.    Exco Pengurusan Am
Biro Pengurusan Am ialah biro yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembahagian tugasan kepada para pengawas.
Jadual bertugas semasa waktu rehat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Menengah Rendah dan Menengah Atas.
Penyediaan jadual bertugas adalah secara berkala iaitu dua minggu sekali.

2.      Exco Perhimpunan

Biro Perhimpunan ialah biro yang bertanggungjawab dalam menguruskan perhimpunan rasmi atau tidak rasmi SMK Pantai Sepang Putra.

3.      Exco Public Address System / Sistem PA

Biro yang bertanggungjawab dalam pengendalian pembesar suara dan mikrofon semasa majlis rasmi dan perhimpunan rasmi. Turut mengendalikan stesen radio mini sekolah bersama dengan Biro Dokumentasi.
Jadual bertugas adalan secara berkala iaitu sebulan sekali. Dua orang pengawas setiap hari.

4.      Exco Disiplin & Tatatertib

Biro yang mengendalikan disiplin pengawas dan pelajar dari segi pakaian dan penampilan. Bertanggungjawab melakukan pemeriksaan harian selepas perhimpunan untuk memastikan penampilan pelajar dalam keadaan kemas, bersih dan berdisiplin.

5.      Exco Gerakan Khas

Betanggungjawab dalam menjalankan ‘spot check’ dan menjalankan rondaan pada waktu pagi selain menyediakan jadual untuk ahli biro mengawal pintu pagar utama dan pintu pagar kecil.

6.      Exco Kebersihan & Keceriaan

Bertanggungjawab dalam memastikan Bilik Pengawas dalam keadaan kemas, bersih dan ceria sepanjang masa.

Turut bertanggungjawab dalam pengurusan papan kenyataan / papan informasi Lembaga Pengawas SMK Pantai Sepang Putra dengan menjadikan papan tersebut lengkap dengan informasi yang perlu ada selain kemas dalam erti kata lain menunjukkan bahawa Lembaga Pengawas adalah sebuah sistem yang cekap dan sistematik.

No comments:

Post a Comment