Friday 23 January 2015

Skrip MC Hari Isnin (Perhimpunan Rasmi)

SMK PANTAI SEPANG PUTRA,
43950 SG PELEK, SEPANG, SELANGOR


SKRIP PENGERUSI MAJLIS
PERHIMPUNAN RASMI
(ISNIN)

HAK MILIK PENGAWAS 2015 – 2017



PERATURAN  PENGGUNAAN  SKRIP  INI:


Ø Anda dilarang sama sekali untuk menconteng atau menulis sedikit
pun pada halaman skrip ini

Ø Jika terdapat maklumat yang ingin ditulis, sila tulis di dalam kertas A4 yang telah disertakan

Ø Jika terdapat sebarang tulisan dalam skrip ini, anda akan diambil tindakan yang sewajarnya, iaitu perlu membayar RM3 kepada Badan Pengawas



KE ARAH SEMESTRA YANG LEBIH PROFESIONALISME





SKRIP  PENGERUSI  MAJLIS  PERHIMPUNAN  RASMI (ISNIN)

UCAPAN  ALUAN  PENGERUSI  MAJLIS PERHIMPUNAN

*Peringatan*
Hanya sebut guru yang ada sahaja



Assalamualikum W.B.T dan selamat sejahtera.

Yang berusaha,
Tuan Haji Mohd Amin Bin Sulaiman
Pengetua SMK Pantai Sepang Putra

Yang Dihormati,
-       En Azman Bin Johari
Penolong Kanan Akademik

-       Cik Siti Zubaidah Binti Mohamed Said
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

-       En Mohd Isa Bin Sulaiman
Penolong Kanan Kokurikulum

-       Guru-guru Kanan Matapelajaran
-       Guru-guru Cemerlang
-       Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling
-       Barisan Guru

Dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

 
 

Hari ini, Isnin, tanggal ____________, dengan penuh rasa kesyukuran kita semua dapat berhimpun di dataran
SMK Pantai Sepang Putra yang penuh gemilang dan bersejarah ini.

NYANYIAN LAGU

(Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah)

Majlis perhimpunan rasmi hari ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dengan iringan muzik.

ATAU
….. tanpa iringan muzik.
(kiraan 1, 2 ,3)

Tuan Pengetua, para Pentadbir dan guru-guru dimohon untuk berdiri. Murid-murid diminta untuk menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

NYANYIAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua, guru-guru dan murid-murid yang telah menyanyikan lagu-lagu kebanggaan kita dengan penuh semangat dan penghayatan.

BACAAN DOA

Majlis diteruskan dengan mempersilakan saudara
__________________________ dari Tingkatan _________ untuk meminpin bacaan doa.

Semua guru dan murid Islam dimohon bersedia untuk bersama-sama mengaminkan doa. Majlis mempersilakan.

BACAAN DOA

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

LAFAZ IKRAR SEKOLAH, RUKUN NEGARA & KESELAMATAN JALAN RAYA

*Perhatian*
Selepas tamat sahaja ikrar, murid-murid diminta duduk dalam keadaan senyap dan teratur. Pengawas perlu menjalankan tugas.

Majlis diteruskan lagi dengan lafaz ikrar sekolah, ikrar keselamatan jalan raya dan Rukun Negara. Murid-murid diminta bersedia dan melafazkan ikrar bersama-sama dengan penuh semangat dan penghayatan. Bagi mengetuai lafaz ikrar, Majlis mempersilakan saudara ____________________________ dari Tingkatan ________________.

LAFAZ IKRAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.

Murid-murid, dipersilakan duduk dalam keadaan senyap.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LALU

*Keputusan kelas kondusif, hanya jika dinyatakan sahaja*


 
Majlis perhimpunan ini diteruskan dengan mempersilakan _______________________________, bagi menyampaikan laporan minggu lalu *serta mengumumkan keputusan kelas kondusif.* Majlis mempersilakan.
LAPORAN MINGGUAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas laporan yang disampaikan *dan tahniah kepada kelas yang berjaya.*

PENGUMUMAN GURU BERTUGAS MINGGU INI
Mohon perhatian semua. Guru bertugas pada minggu ini ialah:

1.    _________________________________________
2.    _________________________________________

PENYAMPAIAN MAKLUMAT / HADIAH / SIJIL / SAMBUTAN

*Peringatan*
Skrip ini hanya untuk masa yang tertentu sahaja.

Seterusnya dipersilakan ____________________________ bagi_____________________________________________
_________________________________________________
Majlis mempersilakan.

MAKLUMAT / HADIAH / SIJIL / SAMBUTAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________________atas pengumuman sebentar tadi.

UCAPAN PENGETUA / PENOLONG KANAN

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Tuan Haji Mohd Amin Bin Sulaiman, Pengetua SMK Pantai Sepang Putra untuk menyampaikan ucapan mingguan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

ATAU

Majlis diteruskan dengan mempersilakan ______________, Penolong Kanan ____________, SMK Pantai Sepang Putra bagi menyampaikan ucapan mingguan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada __________ atas ucapan yang penuh bermakna sebentar tadi.

PERHIMPUNAN TAMAT

*Perhatian*
Sebarang pemberitahuan mengenai aktiviti sekolah, sila nyatakan di bahagian ini.

Perhatian kepada _________________________________.

Majlis perhimpunan rasmi kita tamat pada waktu ini.
Para pengawas diminta berbaris bagi tujuan laluan pemeriksaan.Murid-murid diminta bangun dalam keadaan senyap dan teratur.

Tingkatan __________, sila bergerak naik ke kelas anda mengikut barisan kelas masing-masing.



3 comments:

  1. assalamualaikum..izinkan saya copy yea..tima kasih

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, izinkan saya copy ya. Terima kasih banyak2. Maklmat ni sangat membantu

    ReplyDelete