PERLEMBAGAAN
PENGAWAS
SMK PANTAI
SEPANG PUTRA, SEPANG
Diperkenalkan & Dikuatkuasa pertama
kali
sebagai
Perlembagaan Rasmi Pengawas SMKPSP
pada
12 Januari 2015
SUSUNAN
PERKARA
Bahagian 1:
Pelantikan Pengawas
Fasal 1:
Penerimaan Pengawas Baru
Fasal 2:
Latihan Kepimpinan Pengawas
Fasal 3:
Bidang Kuasa Pengawas
Fasal 4:
Pakaian Pengawas
Bahagian 2:
Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas
Fasal 1: Ahli
Majlis Tertinggi (AMT)
Fasal 2: Ketua
Exco
Fasal 3: Bidang
Kuasa Ketua Exco
Bahagian 3:
Pakaian dan Penampilan
Fasal 1: Etika
Pemakaian Pengawas
Fasal 2:
Pakaian Seragam Pengawas
Fasal 3:
Peraturan Memakai Blazer
Fasal 4:
Peraturan Aset Pengawas
Fasal 5:
Kekemasan Pengawas
Bahagian 4:
Tugasan Pengawas
Fasal 1:
Tugasan Khusus
Fasal 2:
Tugasan Sampingan
Fasal 3:
Tindakan Disiplin
Bahagian 5:
Tatatertib dan Kelakuan Pengawas
Fasal 1:
Tatatertib Pengawas
Fasal 2:
Kualiti seorang pengawas
Fasal 3:
Tanggungjawab Pengawas
Bahagian 6:
Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas
Fasal 1: Jenis
Kesalahan
Fasal 2:
Perbicaraan
Fasal 3:
Hukuman
Bahagian 7:
Persaraan Pengawas
Fasal 1: Tamat
Tempoh Tugas
Fasal 2: Masalah
Disiplin
Fasal 3:
Perletakan Jawatan
Fasal 4: Arahan
Ahli Majlis Pentadbiran
Bahagian
1: Pelantikan Pengawas
Fasal 1: Penerimaan
Pengawas Baharu
1.1
Dilantik dalam kalangan pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5.
1.2
Wajib melalui 2 sesi temuduga.
1.3
Temuduga pertama dikendalikan oleh guru-guru pengawas / disiplin untuk memilih
calon pengawas percubaan.
1.4
Temuduga kedua dikendalikan oleh seorang guru pengawas / disiplin dan seorang
Ahli Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas untuk memilih calon pengawas percubaan
yang layak dilantik sebagai pengawas sekolah.
1.5
Kriteria perlantikan pengawas berubah setiap tahun.
1.6
Guru pengawas berkuasa mengubah kriteria perlantikan pengawas.
Fasal 2: Latihan
Kepimpinan Pengawas
2.1
Setiap pengawas yang baru dilantik wajib menyertai kem kepimpinan iaitu
perkhemahan disiplin yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
2.2
Bagi calon Ketua Pengawas, perlu menghadiri Perkhemahan Kepimpinan yang
dianjurkan oleh, PPD Sepang/JPS/KPM.
2.3
Setiap pengawas percubaan wajib mengikuti tempoh percubaan sekurang-kurangnya 3
bulan.
2.4
Guru Penasihat Pengawas berkuasa untuk menentukan latihan kepimpinan yang
sesuai.
2.5
Selagi mana latihan kepimpinan yang diadakan tidak mengancam keselamatan
fizikal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak Islam dan hukum agama-agama
lain, semua pengawas wajib menyertai latihan kepimpinan yang diadakan.
2.6
Pengawas yang tidak mengikuti mana-mana latihan kepimpinan yang dijalankan
perlu menyertakan surat tunjuk sebab atau dikenakan tindakan
tatatertib.
Fasal 3: Bidang
Kuasa Pengawas
3.1
Pengawas berhak menegur dan memberi amaran kepada rakan pelajar.
3.2
Pengawas sama sekali tidak berhak melaksanakan tindakan disiplin seperti rotan
dan memukul.
3.3
Pengawas tidak berhak menggunting rambut pelajar, hanya guru disiplin
dibenarkan.
Bahagian 2: Hierarki
Lembaga Pengawas Sekolah
Fasal 1: Ahli
Majlis Tertinggi
1.1
Diketuai oleh beberapa guru penasihat diikuti oleh Ketua Pengawas, Penolong
Ketua Pengawas 1 (Lelaki), Penolong Ketua Pengawas 2 (Perempuan), Setiausaha,
Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan Barisan Exco.
1.2
Ketua Pengawas dipilih melalui pungutan suara guru yang diadakan setiap tahun.
Calon-calon ketua pengawas dipantau dan dinilai sepanjang tempoh khidmat.
1.3
Penolong Ketua Pengawas 1 & 2, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari
dan Penolong Bendahari dilantik melalui perbincangan antara guru penasihat
Lembaga Pengawas dan Disiplin.
1.4
Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas 1 & 2 berhak melantik Ketua Exco
dibawah pengawasan Guru Penasihat Pengawas.
1.5
Ahli Majlis Tertinggi merupakan tulang belakang utama dalam setiap aktiviti
pengawas.
Fasal 2: Exco
dan Ahli Jawatankuasa
1.1
Bilangan Exco berubah mengikut kehendak Ketua Pengawas dibawah persetujuan Guru
Penasihat Pengawas.
1.2
Ketua Exco dilantik melalui perbincangan antara Guru Penasihat Pengawas dan
Disiplin
1.3
Ahli jawatankuasa berhak dilantik melalui perbincangan antara Ahli Majlis
Tertinggi & Ketua Exco berpandukan potensi dan kecenderungan seseorang
pengawas
1.4
Merupakan tulang belakang dalam setiap aktiviti pengawas.
1.5 Antara Exco yang terdapat di SMKPSP
adalah seperti:
1.5.1 Exco Pengurusan Am
1.5.2 Exco Perhimpunan
1.5.3 Exco Sistem PA
1.5.4 Exco Disiplin & Tatatertib
1.5.5 Exco Gerakan Khas
1.5.6 Exco Acara Majlis
Fasal 3: Bidang
Kuasa Ketua Exco
1.1
Berkuasa meminda dan menambah aktiviti tahunan pengawas mengikut jawatan.
1.2
Wajib melaksanakan tugasan mengikut jawatan yang dipegangnya.
1.3
Bertindak sebagai mentor kepada AJK dibawah jagaannya.
1.4
Berhak memberi arahan kepada AJK masing-masing.
1.5
Wajib mengikut peraturan sekolah, sama seperti para pengawas dan pelajar yang
lain.
Bahagian 3:
Pakaian dan Penampilan
Fasal 1: Etika Pemakaian
Pengawas
1.1 Pakaian
hendaklah bersih dan kemas mengikut peraturan sekolah
1.2 Berpakaian
lengkap dengan tanda nama, lencana sekolah, tag pengawas dan bertali leher
pengawas yang diikat rapi
1.3 Pengawas
lelaki perlu memasukkan kemeja ke dalam seluar, bertali pinggang biru gelap dan
lengan baju tidak dilipat kecuali di dalam kelas dan semasa waktu rehat.
1.4 Tali
leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan untuk
dipakai
1.5 Tali
leher tidak terlalu labuh dan tidak pendek. Mesti bersetentang dengan pusat.
1.6 Pengawas
perempuan tidak dibenarkan melipat lengan tangan
1.7 Pengecualian
bagi (digalakkan):
1.7.1 hari Rabu (hari
Kokurikulum): pakaian uniform;
1.7.2 hari Sukan (Mengikut Jadual
Kelas): pakaian sukan sekolah
1.8
Pengawas perlu mematuhi dan akur dengan peraturan pemakaian pengawas selagi
masih berada di kawasan sekolah
Fasal 2: Pakaian
Seragam Pengawas
2.1
Pengawas Lelaki
2.1.1 Baju lengan panjang/lengan pendek
2.1.2 Bertali leher
2.1.3 Seluar panjang biru gelap/hitam
2.1.4 Ukurlilit kaki seluar tidak melebihi 42cm
2.1.5 Kasut dan stoking hitam
2.1.6 Segala aset pengawas
2.2
Pengawas Perempuan
2.2.1 Berbaju kurung biru dan
berkain biru gelap/hitam
2.2.2 Bertudung biru dan melepasi
paras bahu
2.2.3 Anak tudung berwarna hitam
2.2.4 Pengawas bukan beragama Islam
boleh memakai kemeja lengan panjang dan bertali leher dengan skirt labuh /
pendek melepasi paras lutut
2.2.5 Kasut
dan stoking berwarna hitam
Fasal 3: Peraturan
Memakai Blazer
3.1
Blazer hanya boleh dipakai ketika majlis rasmi sekolah, perhimpunan rasmi&
majlis watikah pelantikan.
3.2
Hendaklah sentiasa dibutangkan dan dipakai lengkap dengan pakaian seragam
sekolah dan bertali leher.
3.3
Urusan peminjaman blazer oleh anggota pengawas atau bukan pengawas, hendaklah
terlebih dahulu mendapat persetujuan Guru Penyelaras Lembaga Pengawas/Penolong
Kanan HEM.
3.4
Blazer perlu sentiasa disimpan rapi di Bilik PK HEM. Kecuali mendapat
persetujuan Guru Penyelaras Lembaga Pengawas/PK HEM untuk membawa keluar dari
bilik tersebut.
3.5
Sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan seperti kecemasan, blazer boleh
diserahkan kepada pengawas yang bertanggungjawab untuk mengembalikannya ke
tempat asal.
3.6
Semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran sedang berjalan, pengawas dibenarkan
untuk memakai atau menanggalkan blazer.
3.7
Menghormati blazer dan memastikan kekemasan blazer dijaga.
3.8
Lengan blazer tidak boleh dilipat atau digulung.
Fasal 4: Peraturan
Aset Pengawas (Tag Pengawas, Pen, Buku Nota dan Jam)
4.1
Setiap pengawas perlu sentiasa memakai tag pengawas
4.2
Pengawas perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pen yang dapat berfungsi,
sebuah buku nota bersaiz kecil dan jam (tepat mengikut jam loceng sekolah).
4.3
Pastikan tiada sebarang tulisan di dalam buku nota pengawas kecuali kesalahan
pelajar sahaja.
4.4
Sekiranya buku nota pengawas sudah nipis (kurang daripada 3 helai), sila
gantikan dengan buku nota yang baharu secepat mungkin.
Fasal 5: Kekemasan
Pengawas
5.1 Rambut
:
5.1.1 Perlulah sentiasa bersih
dan kemas
5.1.2 Tidak dibenarkan
mengerinting atau mewarna rambut
5.1.3 Panjang
rambut tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian
PendidikanMalaysia. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:
(a) Di
belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga
(b) Di
depan : Rambut menutup garisan tengah dahi
(c) Di sebelah :
Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan ‘side burn’
melebihi garisan tengah hidung
(d) Di
atas : Rambut lebih daripada 6 inci /
15cm panjang
5.1.4 Potongan rambut tidak boleh
mengikut fesyen semasa
5.1.5 Murid perempuan Islam
digalakkan memakai tudung / mini telekung
5.2 Misai
dan Janggut :
Pengawas
tidak boleh menyimpan misai atau janggut atau jambang atau ketiga-tiganya
sekali.
5.3 Kuku
:
Pengawas
perlu berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna, pengilat dan inai.
Bahagian 4:
Tugasan Pengawas
Fasal 1: Tugasan
Khusus
1.1
Tugasan khusus ialah tugasan utama seseorang pengawas dalam waktu yang
ditetapkan seperti waktu perhimpunan pagi, rehat dan sebagainya.
1.2
Tugasan seperti spot check, menyambut tetamu, mengendalikan perhimpunan dan
menjaga laluan masuk pelajar juga merupakan tugasan khusus seorang pengawas.
Fasal 2: Tugasan
Sampingan
2.1
Tugasan sampingan seorang pengawas adalah seperti membantu guru-guru.
2.2
Pengawas wajib membantu guru-guru dalam hal-hal disiplin.
2.3
Pengawas berhak tidak membantu guru sekiranya proses pembelajaran sedang
berlangsung.
Fasal 3: Tindakan
Disiplin
3.1
Tindakan disiplin pengawas akan diambil sekiranya didapati tidak menjalankan
tugas.
3.2
Exco yang bertanggungjawab mengumpul bahan bukti adalah Exco Disiplin dan
Tatatertib.
3.3
Pengawas yang tidak bertugas selama 3 kali tanpa sebab akan diberi surat amaran
pertama. Sekiranya perbuatan tidak bertanggungjawab ini diulangi, Ahli Majlis
Tertinggi berhak mempengaruhi Guru Penasihat untuk melucutkan jawatan pengawas
tersebut
3.4
Pengawas yang telah dilucutkan jawatan tidak boleh dilantik semula sebagai
pengawas.
Bahagian 5:
Tatatertib dan Kelakuan Pengawas
Fasal 1: Tatatertib
Pengawas
1.1 Pengawas
merupakan wakil guru dan pelajar sekolah ini serta perlu menjalankan
tanggungjawabnya dengan cekap dan bijak.
1.2 Sebagai
seorang pengawas, mereka harus membimbing pelajar ke arah yang betul.
1.3 Pengawas
harus menjaga imej Lembaga Pengawas dan sekolah dari semasa ke semasa serta
tidak menyebarkan fitnah atau khabar angin yang memburukkan nama dan imej
sekolah atau menggalakkan orang lain berbuat demikian.
1.4 Pengawas
harus mengutamakan tugas dan tanggungjawabnya dalam apa jua keadaan. Sekiranya
seseorang pengawas tidak dapat menjalankan tugasnya atas sebab-sebab yang
munasabah, dia harus mendapat kebenaran daripada Ketua Pengawas atau Ahli
Majlis Tertinggi yang lain.
1.5 Pengawas
tidak boleh menyalahgunakan kuasanya.
1.6 Seseorang
pengawas dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan pelajar lain kerana dia
harus sentiasa sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas sekolah.
1.7 Seseorang
pengawas dilarang bersikap berat sebelah.
1.8 Seseorang
pengawas dilarang berkelakuan buruk di dalam kelas. Nasihat Ketua Tingkatan
mesti dipatuhi dan pengawas seharusnya membantu Ketua Tingkatan mengawal
keadaan kelas.
1.9 Seseorang
pengawas haruslah peka sepanjang masa. Walaupun tidak bertugas, pengawas
haruslah sentiasa memerhati keadaan disiplin sekolah.
1.10 Pengawas
harus bersopan dan bertegur sapa dengan guru-guru serta bersikap ringan tulang
membantu guru apabila diperlukan.
1.11 Pengawas
perlu menyokong segala aktiviti Lembaga Pengawas Sekolah.
Fasal 2: Kualiti seorang pengawas
2.1 Akauntibiliti
2.2 Ketepatan
masa
2.3 Tegas
dan Berani
2.4 Pantas
dan Bijak
2.5 Peka
dan Inisiatif
2.6 Adil
2.7 Boleh
dipercayai
2.8 Jujur dan Ikhlas
Bahagian 6:
Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas
Fasal 1: Jenis
Kesalahan.
1.1
Tingkah laku jenayah
1.2
Tingkah laku lucah
1.3
Tingkah laku kekemasan diri
1.4
Tingkah laku tidak mementingkan masa
1.5
Tingkah laku kurang sopan dan tidak bertanggungjawab
1.6
Tingkah laku musnah
1.7
Tingkah laku tidak jujur
1.8
Ponteng
Fasal 2: Perbicaraan
2.1
Semua pengawas yang telah melakukan kesalahan sebanyak 5 kali dan ke atas akan
dilucutkan jawatan secara automatik.
2.2
Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin serius seperti bergaduh dan merokok,
berhak dilucutkan jawatan oleh pihak pentadbir Sekolah, Lembaga Pengawas dan
Lembaga Disiplin.
2.3
Pengawas yang sudah menerima lebih daripada satu surat amaran
daripada Lembaga Pengawas akan dilucutkan jawatannya
2.4
Pengawas yang dilucutkan jawatan tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang
berkaitan dengan pengawas seperti spot check.
Fasal 3: Hukuman
3.1
Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin akan dikenakan hukuman yang
setimpal. Hukuman tersebut adalah dua kali ganda daripada murid-murid yang
lain.
3.2
Pengawas yang didapati bersubahat dengan murid-murid yang melakukan kesalahan
disiplin akan menerima hukuman yang berlipat kali ganda daripada murid - murid
tersebut.
3.3
Pengawas yang melakukan kesalahan serius sebanyak 2 kali dan ke atas akan
dilucutkan jawatan serta di gantung sekolah mengikut budi bicara pihak
pentadbir.
Bahagian 7:
Persaraan Pengawas
Fasal 1: Tamat
Tempoh Tugas
1.1
Secara umum, setiap pengawas akan menamatkan tempoh tugasan mereka seiring
dengan tamatnya tempoh persekolahan mereka di SMKPSP.
1.2
Setiap pengawas akan diberikan sijil penghargaan atas jasa dan pengorbanan
mereka sepanjang menjadi seorang pengawas.
1.3
Sijil Pelantikan daripada Lembaga Pengawas hanya diberikan kepada apabila tamat
tahun persekolahan.
1.4
Nama jawatan yang disandang hanya disebut dalam Sijil Penghargaan bagi Ahli
Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sahaja.
1.5 Jika pengawas dilucutkan
jawatan/meletakkan jawatan tidak akan mendapat sijil pelantikan/ sijil
penghargaan.
Fasal 2: Masalah
Disiplin.
2.1
Bagi pengawas yang terlibat dengan masalah disiplin yang serius, mereka akan
dilucutkan jawatan dan tidak akan menerima sebarang sijil daripada Lembaga
Pengawas.
2.2
Bagi pengawas yang telah melakukan kesalahan sebanyak 3 kali kesalahan kecil
dan ke atas, mereka dibenarkan membuat rayuan dan permohonan daripada Lembaga
Pengawas untuk mendapatkan sijil.
2.3
Pengawas Percubaan yang melakukan kesalahan sebanyak 5 kali dan ke atas adalah
tidak layak untuk menjadi seorang pengawas dan tidak akan dilantik sama sekali
untuk menjadi seorang pengawas
2.4
Guru Penasihat Lembaga Pengawas berhak menahan pemberian Sijil Penghargaan
kepada pengawas, sekiranya berlaku ketidakpuashatian terhadap mutu kerja dan
tahap disiplin pengawas.
Fasal
3: Perletakan
Jawatan
3.1
Pengawas Percubaan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga
Pengawas dibenarkan meletak jawatan atau menarik diri daripada Badan Pengawas.
3.2
Pengawas perlu mengemukakan surat perletakan jawatan rasmi
sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh berkuatkuasa.
3.3
Setiap pengawas yang tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik akan
diminta untuk mengemukakan surat perletakan jawatan. Sekiranya pengawas
tersebut mempunyai masalah peribadi, boleh mengemukakan surat tunjuk sebab
supaya tidak diberi tanggungjawab yang membebankan.
3.4
Pengawas yang melakukan kesalahan sebanyak 5 kali dan ke atas boleh meletak
jawatan secara sukarela sebelum mereka dilucutkan jawatan.
3.5
Sebarang permohonan perletakan jawatan akan dikira diterima sekiranya mendapat
maklumbalas surat penerimaan perletakan jawatan daripada Guru Penasihat
Pengawas.
3.6
Guru Penasihat Pengawas berhak menangguh perletakan jawatan pengawas mengikut
keperluan semasa.
Fasal 4: Arahan
Ahli Majlis Pentadbiran
4.1
Pihak Pentadbir Sekolah berhak melucutkan jawatan seseorang pengawas.
4.2
Pengawas boleh membuat rayuan kepada Pengetua / Guru Kanan HEM / Guru Disiplin
/ Guru Penasihat Lembaga Pengawas sekiranya mereka didapati terlibat dengan
sesuatu kesalahan berat.
4.3
Sesuatu keputusan Lembaga Pengawas Sekolah dan Ahli Majlis Tertinggi yang
melibatkan disiplin pengawas hendaklah dibincangkan bersama pihak pentadbir
sekolah.
4.4
Semua keputusan yang telah dibuat adalah muktamad dan hendaklah dipatuhi.
assalamualaikum. mohon share ye. terima kasih
ReplyDelete