Bidang Tugas Exco-Exco Lembaga
Pengawas SMK Pantai Sepang Putra
1 1. Exco Pengurusan Am
Biro Pengurusan Am ialah biro yang
bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembahagian tugasan kepada para pengawas.
Jadual bertugas semasa waktu rehat
dibahagikan kepada dua kategori iaitu Menengah Rendah dan Menengah Atas.
Penyediaan jadual bertugas adalah secara
berkala iaitu dua minggu sekali.
2.
Exco
Perhimpunan
Biro Perhimpunan ialah biro yang
bertanggungjawab dalam menguruskan perhimpunan rasmi atau tidak rasmi SMK Pantai
Sepang Putra.
3.
Exco
Public Address System / Sistem PA
Biro yang bertanggungjawab dalam
pengendalian pembesar suara dan mikrofon semasa majlis rasmi dan perhimpunan
rasmi. Turut mengendalikan stesen radio mini sekolah bersama dengan Biro
Dokumentasi.
Jadual bertugas adalan secara berkala
iaitu sebulan sekali. Dua orang pengawas setiap hari.
4.
Exco
Disiplin & Tatatertib
Biro yang mengendalikan disiplin
pengawas dan pelajar dari segi pakaian dan penampilan. Bertanggungjawab
melakukan pemeriksaan harian selepas perhimpunan untuk memastikan penampilan
pelajar dalam keadaan kemas, bersih dan berdisiplin.
5.
Exco
Gerakan Khas
Betanggungjawab dalam menjalankan ‘spot
check’ dan menjalankan rondaan pada waktu pagi selain menyediakan jadual untuk
ahli biro mengawal pintu pagar utama dan pintu pagar kecil.
6.
Exco
Kebersihan & Keceriaan
Bertanggungjawab dalam memastikan Bilik
Pengawas dalam keadaan kemas, bersih dan ceria sepanjang masa.
Turut bertanggungjawab dalam pengurusan
papan kenyataan / papan informasi Lembaga Pengawas SMK Pantai Sepang Putra
dengan menjadikan papan tersebut lengkap dengan informasi yang perlu ada selain
kemas dalam erti kata lain menunjukkan bahawa Lembaga Pengawas adalah sebuah
sistem yang cekap dan sistematik.
No comments:
Post a Comment