MISI PENGAWAS
Melahirkan
pengawas sekolah yang sentiasa disegani dan dihormati melalui;
Disiplin
setiap pengawas pada tahap yang tinggi,
peraturan
sekolah yang sentiasa dihayati dan dipatuhi dan,
aktiviti-aktiviti
yang dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan serta berketrampilan dari
pelbagai aspek.
VISI PENGAWAS
Melahirkan
pengawas sekolah yang berkarisma, berdedikasi serta berketrampilan dalam apa
jua bidang sama ada bidang akademik mahu pun bukan akademik, agar dapat memberi
sumbangan kepada sekolah, agama, bangsa dan negara.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
MATLAMAT PENGAWAS
Melahirkan
pengawas sekolah yang memiliki tahap disiplin yang tinggi di samping keputusan
akademik yang cemerlang.
Mewujudkan
satu pasukan yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap semua
tanggungjawab yang diberikan.
Membentuk
individu yang memiliki jati diri yang tinggi menerusi aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
FALSAFAH PENGAWAS
Setiap
pengawas mempunyai potensi untuk berkembang maju secara seimbang dari segi
disiplin,beramal, intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan yang
teguh kepada tuhan dan perpaduan antara ilmu, iman dan amal yang soleh.
Usaha
ini akan dapat melahirkan pengawas yang berilmu pengetahuan ,berakhlak mulia
dan dapat menjamin kesejahteraan diri,sekolah,agama,bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment