SMK
PANTAI SEPANG PUTRA,
43950
SG PELEK, SEPANG, SELANGOR
SKRIP PENGERUSI MAJLIS
PERHIMPUNAN RASMI
(ISNIN)
HAK MILIK PENGAWAS 2015 – 2017
PERATURAN
PENGGUNAAN SKRIP INI:
Ø Anda
dilarang sama sekali untuk menconteng atau menulis sedikit
pun pada halaman
skrip ini
Ø Jika
terdapat maklumat yang ingin ditulis, sila tulis di dalam kertas A4 yang telah
disertakan
Ø Jika
terdapat sebarang tulisan dalam skrip ini, anda akan diambil tindakan yang
sewajarnya, iaitu perlu membayar RM3 kepada Badan Pengawas
KE ARAH SEMESTRA YANG LEBIH PROFESIONALISME
SKRIP
PENGERUSI MAJLIS PERHIMPUNAN
RASMI (ISNIN)
UCAPAN ALUAN
PENGERUSI MAJLIS PERHIMPUNAN
*Peringatan*
Hanya
sebut guru yang ada sahaja
|
Assalamualikum
W.B.T dan selamat sejahtera.
Yang berusaha,
Tuan Haji Mohd Amin Bin Sulaiman
Pengetua SMK Pantai Sepang Putra
Yang Dihormati,
-
En Azman Bin Johari
Penolong Kanan
Akademik
-
Cik Siti Zubaidah Binti Mohamed Said
Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid
-
En Mohd Isa Bin Sulaiman
Penolong Kanan Kokurikulum
-
Guru-guru Kanan Matapelajaran
-
Guru-guru Cemerlang
-
Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling
-
Barisan Guru
Dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.
Hari ini, Isnin, tanggal ____________,
dengan penuh rasa kesyukuran kita semua dapat berhimpun di dataran
SMK Pantai Sepang Putra yang penuh gemilang
dan bersejarah ini.
|
NYANYIAN
LAGU
(Lagu Negaraku,
Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah)
|
Majlis perhimpunan rasmi hari ini dimulakan
dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dengan
iringan muzik.
ATAU
…..
tanpa iringan muzik.
(kiraan
1, 2 ,3)
Tuan Pengetua, para Pentadbir dan guru-guru
dimohon untuk berdiri. Murid-murid diminta untuk menyanyikan lagu dengan
penuh semangat.
NYANYIAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Tuan Pengetua, guru-guru dan murid-murid yang telah menyanyikan
lagu-lagu kebanggaan kita dengan penuh semangat dan penghayatan.
|
BACAAN
DOA
|
Majlis diteruskan dengan mempersilakan
saudara
__________________________ dari Tingkatan
_________ untuk meminpin bacaan doa.
Semua guru dan murid Islam dimohon bersedia
untuk bersama-sama mengaminkan doa. Majlis mempersilakan.
BACAAN DOA
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
|
LAFAZ
IKRAR SEKOLAH, RUKUN NEGARA & KESELAMATAN JALAN RAYA
*Perhatian*
Selepas
tamat sahaja ikrar, murid-murid diminta duduk dalam keadaan senyap dan
teratur. Pengawas perlu menjalankan tugas.
|
Majlis diteruskan lagi dengan lafaz ikrar
sekolah, ikrar keselamatan jalan raya dan Rukun Negara. Murid-murid diminta
bersedia dan melafazkan ikrar bersama-sama dengan penuh semangat dan
penghayatan. Bagi mengetuai lafaz ikrar, Majlis mempersilakan saudara
____________________________ dari Tingkatan ________________.
LAFAZ IKRAR
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.
Murid-murid, dipersilakan duduk dalam
keadaan senyap.
|
LAPORAN
GURU BERTUGAS MINGGU LALU
*Keputusan
kelas kondusif, hanya jika dinyatakan sahaja*
|
Majlis perhimpunan ini diteruskan dengan
mempersilakan _______________________________, bagi menyampaikan laporan
minggu lalu *serta mengumumkan keputusan kelas kondusif.* Majlis
mempersilakan.
LAPORAN MINGGUAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
laporan yang disampaikan *dan tahniah kepada kelas yang berjaya.*
|
PENGUMUMAN
GURU BERTUGAS MINGGU INI
|
Mohon perhatian semua. Guru bertugas pada
minggu ini ialah:
1.
_________________________________________
2.
_________________________________________
|
PENYAMPAIAN
MAKLUMAT / HADIAH / SIJIL / SAMBUTAN
*Peringatan*
Skrip
ini hanya untuk masa yang tertentu sahaja.
|
Seterusnya dipersilakan
____________________________
bagi_____________________________________________
_________________________________________________
Majlis mempersilakan.
MAKLUMAT / HADIAH / SIJIL / SAMBUTAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada ______________________atas pengumuman sebentar tadi.
|
UCAPAN
PENGETUA / PENOLONG KANAN
|
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Tuan
Haji Mohd Amin Bin Sulaiman, Pengetua SMK Pantai Sepang Putra untuk
menyampaikan ucapan mingguan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
ATAU
Majlis diteruskan dengan mempersilakan
______________, Penolong Kanan ____________, SMK Pantai Sepang Putra bagi
menyampaikan ucapan mingguan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada __________ atas ucapan yang penuh bermakna sebentar tadi.
|
PERHIMPUNAN
TAMAT
*Perhatian*
Sebarang
pemberitahuan mengenai aktiviti sekolah, sila nyatakan di bahagian ini.
|
Perhatian kepada
_________________________________.
Majlis perhimpunan rasmi kita tamat pada
waktu ini.
Para pengawas diminta berbaris bagi tujuan
laluan pemeriksaan.Murid-murid diminta bangun dalam keadaan senyap dan
teratur.
Tingkatan __________, sila bergerak naik ke
kelas anda mengikut barisan kelas masing-masing.
|
assalamualaikum..izinkan saya copy yea..tima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum, izinkan saya copy ya. Terima kasih banyak2. Maklmat ni sangat membantu
ReplyDeleteizin copy
ReplyDelete